Tuesday, September 10, 2013

rezeki.keredhaan (RAHSIA ALLAH) Part I

Assalamualaikum.. 

Sebagai seorang hambaNYA, kita selalu menantikan rezeki datang kepada kita secara langsung ataupun tidak langsung. Tapi setiap orang mendapat rezeki yang berbeza kerana itu adalah RAHSIA Allah. dan bagi saya rezeki itu juga diperolehi apabila hidup ini mendapat keredhaan dari Allah, Rasulullah, maa abah...
Cerita tentang rezeki dan keredhaan.. ianya....

Bulan 2/2012.. akhirnya, aku dapat tamatkan pengajian diploma apabila berakhirnya praktikal selama 14 MINGGU di Putrajaya. Selesai praktikal, aku menelefon maa abah untuk minta izin menyambung profesion aku sebagai guru tadika ini di tempat yang sama. Abah hanya bersetuju namun berbeza pula dengan maa. Maa mintak aku pulang dan kerja di kampung. Namun, hati aku memberontak nak mengajar putrajaya jugak. Akhirnya, maa turutkan saja kemahuan aku.

Betul apa yang orang kata, jangan ingkar suruhan ibu kelak akan membawa musibah kepada diri sendiri. 2 minggu aku teruskan mengajar tiba-tiba aku dikejutkan dengan BERITA yang membawa aku membuat keputusan untuk berhenti dan pulang ke kampung. Di kampung, aku berusaha untuk mencari kerja. Sana sini mintak kerja namun rezeki Allah belum sampai kepadaku. Masa aku tengah sibuk usha kerja, tiba-tiba aku dapat tahu maa ada tanda barah payudara di mana ada biji kecil pada payudara belah kanan maa.
YA ALLAH.. masa tu aku dah tak tau nak fikir apa. Aku diberi tanggungjawab oleh adik beradik lain untuk menjaga maa. Maa pula berkeras tak nak buat rawatan kat hospital. Puas kami adik beradik pujuk maa. Maa buat keputusan nak berubat dengan cara kampung. Aku tahu maa takut.. takut dengan rawatan di hospital kerana kakak sulung maa meninggal selepas buat operate payudara. dan... akhirnya, aku habiskan cuti pengajian diploma dengan menjaga maa..bawak maa pergi berubat kampung..kemas rumah..

Tipulah kalau aku gtau tak jeles tengok kawan seperjuangan kerja..boleh pegang duit sendiri. Namun, aku sabarkan hati kerana aku tahu menjaga maa adalah satu nikmat yang tidak boleh dibeli. Selama 5 bulan, aku melihat maa menangis. Aku tau maa cuba sembunyikan kesakitan daripada anak-anak. Sepanjang aku jaga maa, sekali pun maa tidak pernah mengadu sakit. Maa KUAT..sentiasa tersenyum.. tiada langsung airmata yang mengalir di pipi maa dengan anak-anak. Makin lama biji kecil semakin besar.. Puas berubat kampung tapi satu pun tak berjaya. Namun, maa masih berkeras tidak mahu ke hospital. Walaupun maa sakit namun maa masih tidak berhenti mengurut orang. Maa penah cakap dengan membantu orang lain INSYAALLAH, Allah akan membantu kita. Maa..maa

Hari demi hari berlalu. Aku memohon pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Maa meminta aku menyambung pengajian dalam bidang pendidikan kerana maa suka anak-anak jadi cikgu. Aku turutkan permintaan maa walaupun CIKGU bukan minat aku. Aku dipanggil menduduki ujian MEdSi. Majoriti pelajar diploma sama batch dengan aku dapat ujian MEdSi. Keputusan MEdSi keluar, alhamdulilah dengan berkat doa maa abah aku dapat temuduga cikgu. Tapi aku sedih jugak sebab rakan aku yang lain semua tidak berjaya. Hanya 3 orang sahaja yang berjaya temuduga. Masa interview, aku jawab dengan tak yakin. Balik je dari interview, aku nangis depan maa sebab takut tak dapat. Maa usap kepala aku, InsyaAllah ada rezeki akan dapat..jangan risau.. maa selalu doakan anak maa. Terima kasih maa!!

...Ogos/2013..keputusan UPU keluar..
TAHNIAH!! Anda berjaya ditawarkan ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..
Aku terus peluk maa.. nangis laju-laju.. Maa tanya, dapat kos apa? Hahaha.. Terlalu excited, aku tak tengok kos pun. Masuk bilik pandang laptop.

BIDANG PENGAJIAN: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS

Maaaaa.... kakjue dapat cikgu pendidikan khas. Ya Allah.. Maa..kak aku pun nangis jugak. Berkat doa seorang ibu. Akhirnya, impian aku nak sambung belajar ijazah di UKM dan dapat bidang seperti maa aku inginkan tercapai... Terima kasih Ya Allah....terima kasih maa..abah..


Maa.. doamu.. sentiasa iringi perjalanan kejayaan kakjue..



.......bersambung 

seperti dia...

my favourite song <3

Amylea - Seperti Dia Lirik (OST Ramadan Yang Hilang) 

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua 


Tuesday, June 11, 2013

setiap.hari

setiap hari
aku cuba untuk bangkit
setiap hari
aku cuba untuk mambawa kembali diri aku
setiap hari
aku cuba mencari diri aku sendiri
setiap hari
aku cuba mencari erti kesenangan
setiap hari
aku cuba untuk fikir positif
setiap hari
aku melihat mereka tersenyum
setiap hari
aku melihat mereka gelak ketawa
setiap hari
hidup aku kosong
setiap hari
aku terus mencari.. mencari.. dan terus mencari..

dan.. setiap hari aku melihat awan..langit..
kerana ianya memberi ketenangan kepada jiwaku yang masih mencari

mencari ketenangan..YA ALLAH.. bantu hambamu yang terlalu leka..


Sunday, June 09, 2013

mereka.kesayangan.saya

Disebabkan mengantuk yang teramat, tiba-tiba saya merajinkan diri nak UPDATE blog. Tak nak tulis panjang-panjang sebab MALAS. Biarlah gambar yang berbicara. Bak kata Yuna, setiap gambar ada lagunya. Tapi bagi saya pulak, setiap gambar ada kenangan + ceriteranya tersendiri. 



ye! yang ni memang kesayangan sangat-sangat.
saya tak ada apa-apa tanpa MEREKA.
MAA ABAH + 12 adik beradik + 20 anak sedara





ni kesayangan saya jugak.
menanti untuk menjadi yang halal bagi dia. SHALIA ^^

yang ni kesayangan di UKM. kenal di satu program.selamanya bersama


kawan baik saya- FORM 4 & 5 sampai bila2...

walaupun jauh. ye! saya rindukan mereka.

mengenali erti kehidupan dengan mereka. susah senang kami bersama.
PENGAKAP RAJA KELANTAN 2008

4 tahun kami akan bersama. Saya? sebagai kakak sulung dalam kelas.
Kami adik beradik sampai bila-bila

nak nangis laju-laju :(
saya rindukan mereka. my besties DIPLOMA PAKK UPSI
3 years ago.. we share everything


GENG U. kenangan ASPURI KAMIL.
sama-sama buat baik
sama-sama nakal.

mak ayah JERLUN.
walaupun 3 ari cuma, namun saya sayang mak ayah.
ayah mak GWIYOMI 

SAYANGI INSAN DI SEKELILING ANDA kerana mereka adalah kenangan indah buat dirimu. Kenangan bukan sesuatu yang boleh dijual beli. Ianya terlalu INDAH dan tidak akan ada penggantinya. 

study.rehat.

Assalamualaikum sayang!
hallo! morning.. 

YA ALLAH.. baca buku kejap.. dah mula mengantuk. Dah la cuaca best je.. hujan + mendung. Kalau tidur ni best. Tapi sabarkan hati je. Sebab semalam dah tidur awal. Julia ni bukan macam orang lain boleh stay sampai lewat malam. Kol 1 a.m la paling lewat kalau nak stay. Kalau stay pun bukan baca buku. Tak masuk satu pun. Lain orang, lain cara belajar kan? 

# study BIOGEOGRAFI lagik #


kalau rasa malas. baca doa/
DOA senjata orang ISLAM, right?

Study la sangat kan?

kejayaan bukan senang nak kecapi

p/s: study sambil dengar kicauan burung. SUBHANALLAH.. indahNYA ciptaan mu




Saturday, June 08, 2013

bosan

Assalamualaikum

Sekarang musin exam datang pulak. Stress la. Sem ni ambik 5 paper. Alhamdulilah 3 paper lagi tak de final exam. Boleh jugak nak bernafas. Makin lama makin malas nak study. Entah lah, banyak benda yang fikir. Tapi nasib baik orang sekeliling saya terus support.. bagi motivasi untuk belajar.

Sebenarnya.. banyak benda nak cerita. Tapi tak ada feel nak tulis lagi..
# sekarang tengah study BIOGEOGRAFI # my favourite subject masa sekolah dulu..

Tuesday, April 30, 2013

kerana perasaan

kerana perasaan..

aku kecewa
aku terasa
aku terseksa
aku benci
aku terasa bodoh
aku dicampak

kerana perasaan..
aku simpan rasa hati
aku takut
aku serik


dan kerana perasaan..aku sedar diri aku di mana. hanya suatu persinggahan.. 

Tuesday, March 12, 2013

Al-Fatihah.. seorang lagi anggota keselamatan terbunuh



ASSALAMUALAIKUM



Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi ini. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'. FOTO Azlan Hafiz
"tiada KEREHATAN bagi SEORANG PEJUANG melainkan KEMATIAN"
AL-FATIHAH
# PRAY FOR SABAH#

homesick :(




Monday, March 11, 2013

kerinduan kembali

assalamualaikum..

Kenapa perasaan rindu kepada mereka sentiasa ada?
Kenapa time duk dekat-dekat dulu asyik bergaduh ye?
Kenapa ingatan kepada mereka selalu muncul?
Kenapa setiap malam wajah mereka muncul dalam mimpi aku?

Semalam ada chatting dengan dia. Tanye khabar macam mana kehidupan sana.



ye.. aku akui.. masa sama-sama belajar dulu. kami tak pernah lewat. pergi kelas sama-sama. berebut bas sama-sama. benda yang tak boleh lupa masa berebut bas. masa tu kami on the way nak pergi kelas, bas penuh orang, kami pulak dah terlambat sebab bas tak banyak. So, kami buat idea gila.

my bff: lalu sikit. beri laluan.. ibu mengandung..ibu mengandung
(Masa tu memang aku terkejut gila. hah? sape yang pregnant..rupanya hanya lakonan untuk dapatkan perhatian orang lain.. Apa lagi, budak lain yang dengar terus je bagi kami naik dulu. Then, masa atas bas ada 2 orang laki tanya mana ibu mengandung tu? Kami buat muka tak bersalah.)

Tapi betul la orang cakap. Masa belajar jangan terlalu skema. Tak ada kenangan nanti yang nak ingat. Benda tu akan menjadi ingatan aku sampai bila-bila. 

Kepada awk:
Maaf ye awak.. Saya dah tak ada disisi awk sekarang. Jarak kita semakin jauh tapi hati kita makin dekat. Dulu, masa kita sama-sama susah sangat nak dengar awk cakap rindu saya, sayang saya tapi lepas je kita berpisah..perkataan menjadi WAJIB yang awak bagi kat saya. Setiap kali perkataan hikmah itu keluar, hati saya akan sebak. Cantik perancangan Allah S.W.T kan? Dia pisahkan kita jauh-jauh supaya kita boleh mengenali diri masing-masing, supaya kita boleh menghargai antara satu sama lain, supaya rasa rindu dan sayang akan terus mekar dalam persahabatan ini. Awak jaga diri elok-elok saya. Belajar rajin-rajin. Saya dah tak ada nak ingatkan tentang tugasan, discussion.. Semoga awak akan jumpa sahabat yang lebih baik dari saya dan saya nak tengok awak gembira dengan kehidupan sekarang. 

# Sayang saya kerana Allah S.W.T#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya