Saturday, July 14, 2012

..::seribu yang pergi..sejuta yang datang::..

assalamualaikum::)
Pagi yang indah kini masah cerah.. lalalala..
Bila rasa gembira kata HOOREEYY!! hooreeeyyy..

*menyanyilah untuk senaman pagi*

130712
Tarikh yang membawa kebahagiaan dalam hidupaku. Tarikh yang mampu mengubah kehidupanku kelak. Terima kasih Ya ALLAH dengan apa yang kau berikan. Kau makbulkan doaku, doa kedua ibubapa. Alhamdulilah.

8.15 a.m- Abg ipar telefon. Kakteh dah selamat bersalin pagi tadi. Anak perempuan. 
*alhamdulilah.. bertambah ahli keluarga aku. so, total anak buah sekarang 20 orang*


11.00 a.m- my sahabat telefon cakap result upu dah keluar. Boleh cek sekarang. 
*dup..dap..dup.. dap.. maa.. dah boleh cek keputusan ijazah.. Takut la. Laa.. cakap nak cek lepas raya**


..............................................................................................................................................................


akhirnya debaran terasa dilenyapkan dengan satu keputusan yang tak disangka:)



Lepas je pukul 12 tengahari semalam, terus buka laman web UKM.. excited.. manalah tau benda ni tipu..:)

Okey. Benda tadi jujur. hihi.. alhamdulilah, u yang diinginkan berjaya ditakluki. Rasa bangga boleh dapat ukm. Kan u yang famous jugak. Pembelajaran pun mesti dengan budak-budak yang cerdik pintar. 


* bila je tahu.. terus peluk maa abah..maa dah nangis. Terkejut akhirnya doa seorang ibu ayah dimakbulkan*


semua yang terjadi dalam hidup kita adalah satu anugerah daripadanya. bila kita di atas jangan sesekali lupa bahawa untuk sampai ke atas kita perlu bermula dari bawah

Wednesday, July 11, 2012

kasih seorang ibu^^

kisah 1
anak: Maa.. Saya rasa macam nak makan kek coklat je. Maa pandai buat tak??

maa : Boleh je. lagipun maa pun dah lama tak buat. Pergi beli telur. Yang lain semua dah ada.


kisah 2
anak: Maa.. raya tahun ni nak pakai baju kurung moden boleh tak? Tapi tak nak tempah. Tak sedap pakai baju yang orang lain jahit. Baju maa jahit je best. *sambil tersengih-sengih*

maa : Boleh je. Maa try jahit. Lagipun dah lama maa tak jahit baju kurung moden untuk anak-anak.


kisah 3
anak: Maa.. saya nak berenti kerja la. Penat. Tak larat rasanya. Tapi macam mana belanja nak masuk degree nanti?

maa : Bagus la tu. Maa pun ada kawan kat rumah. Jangan risau, maa dah lama simpan duit anak nak masuk universiti.


kisah 4
anak: Maa..  Kalau saya nak kerja pulak boleh tak? Boring la, duk rumah je.

maa : Tak payah la.. nanti penat.. rehat la.. Dah 3 tahun belajar, pah ni nak masuk degree pulak. Tak ada masa nak rehat. Tolong maa kemas rumah. Nanti maa bagi gaji.



Kak ju sayang maa. Terima kasih maa untuk segalanya. 

1st GiveAway by Fatin & Fatini


jom kita sama-sama join. nak join?? klik  sini sayang^^
mana la tahu kot-kot ada rezeki nak menang kan
rezeki di bulan ramadhan (puasa tak lagi)


hadiah menarik menanti anda:

TOP REFFERAL
-Mini Pendrive + masuk dalam bloglist kami selama 3 bulan 
-USB + masuk dalam bloglist kami selama 3 bulan 
-Teddybear + masuk dalam dalam bloglist kami selama 3 bulan x 2 pemenang 

TOP REFFERAL UTAMA DIBERI KEUTAMAAN UNTUK MEMILIH SALAH SATU DARIPADA HADIAH DI ATAS DI IKUTI TOP REFFERAL KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT

MENGGUNAKAN RANDOM.ORG
-Novel x 2 pemenang
-Shawl x 2 pemenang
-Tudung bawal x 1 pemenang
-T-shirt x 1 pemenang
-Jersey Harimau Malaya x 1 pemenang
-Frame Gambar x 1 pemenang
-Mug x 1 pemenang
-Topup RM5 x 1 pemenang
-Perfume 1 x 1 pemenang
-Cute pencil holder x 1 pemenang

ENTRY MENARIK
-Keychain x 5 pemenang 
-Brooch x 3 pemenang 

SAGUHATI
-Header x 5 pemenang 
-Cursor nama sendiri x 10 pemenang



saya nak tag kengkawan saya yang ohsem!

Tuesday, July 10, 2012

.::kata-kata pujangga::.





Hargai CINTA anda, mahalkan sedikit harganya agar 
apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang, dia amat menghargainya.

Saturday, July 07, 2012

tiada kata

Debaran semakin terasa..
dap..dup..dap..dup..

buka je laman web http://upu.mohe.gov.my/
terus je tengok berita yang mengerikan.

MINGGU KE-2 JULAI - STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013

Allah.. adakah aku layak untuk menyambung pelajaran?? Takut nak berharap. Takut kecewa. Family semua pakat duk tunggu keputusan ni. Aku je yang buat rileks. Dah lama duk rumah rasa macam malas belajar la pulak. Tapi tak boleh, cita-cita aku tak tercapai lagi.
YA ALLAH, semoga hambamu dapat mengejar cita-cita untuk menjadi seorang guru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya