Tuesday, March 12, 2013

Al-Fatihah.. seorang lagi anggota keselamatan terbunuh



ASSALAMUALAIKUM



Al-Fatihah buat wira muda negara, Allyahyarham Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang gugur ketika bertempur dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, 7.45 pagi ini. Foto kecil pula adalah Bapa arwah, Ismail Hussin, 55 yang menunjukkan SMS terakhir anaknya berbunyi `salam abah,ma doa la orng slmt...era'. FOTO Azlan Hafiz
"tiada KEREHATAN bagi SEORANG PEJUANG melainkan KEMATIAN"
AL-FATIHAH
# PRAY FOR SABAH#

homesick :(




Monday, March 11, 2013

kerinduan kembali

assalamualaikum..

Kenapa perasaan rindu kepada mereka sentiasa ada?
Kenapa time duk dekat-dekat dulu asyik bergaduh ye?
Kenapa ingatan kepada mereka selalu muncul?
Kenapa setiap malam wajah mereka muncul dalam mimpi aku?

Semalam ada chatting dengan dia. Tanye khabar macam mana kehidupan sana.



ye.. aku akui.. masa sama-sama belajar dulu. kami tak pernah lewat. pergi kelas sama-sama. berebut bas sama-sama. benda yang tak boleh lupa masa berebut bas. masa tu kami on the way nak pergi kelas, bas penuh orang, kami pulak dah terlambat sebab bas tak banyak. So, kami buat idea gila.

my bff: lalu sikit. beri laluan.. ibu mengandung..ibu mengandung
(Masa tu memang aku terkejut gila. hah? sape yang pregnant..rupanya hanya lakonan untuk dapatkan perhatian orang lain.. Apa lagi, budak lain yang dengar terus je bagi kami naik dulu. Then, masa atas bas ada 2 orang laki tanya mana ibu mengandung tu? Kami buat muka tak bersalah.)

Tapi betul la orang cakap. Masa belajar jangan terlalu skema. Tak ada kenangan nanti yang nak ingat. Benda tu akan menjadi ingatan aku sampai bila-bila. 

Kepada awk:
Maaf ye awak.. Saya dah tak ada disisi awk sekarang. Jarak kita semakin jauh tapi hati kita makin dekat. Dulu, masa kita sama-sama susah sangat nak dengar awk cakap rindu saya, sayang saya tapi lepas je kita berpisah..perkataan menjadi WAJIB yang awak bagi kat saya. Setiap kali perkataan hikmah itu keluar, hati saya akan sebak. Cantik perancangan Allah S.W.T kan? Dia pisahkan kita jauh-jauh supaya kita boleh mengenali diri masing-masing, supaya kita boleh menghargai antara satu sama lain, supaya rasa rindu dan sayang akan terus mekar dalam persahabatan ini. Awak jaga diri elok-elok saya. Belajar rajin-rajin. Saya dah tak ada nak ingatkan tentang tugasan, discussion.. Semoga awak akan jumpa sahabat yang lebih baik dari saya dan saya nak tengok awak gembira dengan kehidupan sekarang. 

# Sayang saya kerana Allah S.W.T#

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya