Tuesday, September 10, 2013

rezeki.keredhaan (RAHSIA ALLAH) Part I

Assalamualaikum.. 

Sebagai seorang hambaNYA, kita selalu menantikan rezeki datang kepada kita secara langsung ataupun tidak langsung. Tapi setiap orang mendapat rezeki yang berbeza kerana itu adalah RAHSIA Allah. dan bagi saya rezeki itu juga diperolehi apabila hidup ini mendapat keredhaan dari Allah, Rasulullah, maa abah...
Cerita tentang rezeki dan keredhaan.. ianya....

Bulan 2/2012.. akhirnya, aku dapat tamatkan pengajian diploma apabila berakhirnya praktikal selama 14 MINGGU di Putrajaya. Selesai praktikal, aku menelefon maa abah untuk minta izin menyambung profesion aku sebagai guru tadika ini di tempat yang sama. Abah hanya bersetuju namun berbeza pula dengan maa. Maa mintak aku pulang dan kerja di kampung. Namun, hati aku memberontak nak mengajar putrajaya jugak. Akhirnya, maa turutkan saja kemahuan aku.

Betul apa yang orang kata, jangan ingkar suruhan ibu kelak akan membawa musibah kepada diri sendiri. 2 minggu aku teruskan mengajar tiba-tiba aku dikejutkan dengan BERITA yang membawa aku membuat keputusan untuk berhenti dan pulang ke kampung. Di kampung, aku berusaha untuk mencari kerja. Sana sini mintak kerja namun rezeki Allah belum sampai kepadaku. Masa aku tengah sibuk usha kerja, tiba-tiba aku dapat tahu maa ada tanda barah payudara di mana ada biji kecil pada payudara belah kanan maa.
YA ALLAH.. masa tu aku dah tak tau nak fikir apa. Aku diberi tanggungjawab oleh adik beradik lain untuk menjaga maa. Maa pula berkeras tak nak buat rawatan kat hospital. Puas kami adik beradik pujuk maa. Maa buat keputusan nak berubat dengan cara kampung. Aku tahu maa takut.. takut dengan rawatan di hospital kerana kakak sulung maa meninggal selepas buat operate payudara. dan... akhirnya, aku habiskan cuti pengajian diploma dengan menjaga maa..bawak maa pergi berubat kampung..kemas rumah..

Tipulah kalau aku gtau tak jeles tengok kawan seperjuangan kerja..boleh pegang duit sendiri. Namun, aku sabarkan hati kerana aku tahu menjaga maa adalah satu nikmat yang tidak boleh dibeli. Selama 5 bulan, aku melihat maa menangis. Aku tau maa cuba sembunyikan kesakitan daripada anak-anak. Sepanjang aku jaga maa, sekali pun maa tidak pernah mengadu sakit. Maa KUAT..sentiasa tersenyum.. tiada langsung airmata yang mengalir di pipi maa dengan anak-anak. Makin lama biji kecil semakin besar.. Puas berubat kampung tapi satu pun tak berjaya. Namun, maa masih berkeras tidak mahu ke hospital. Walaupun maa sakit namun maa masih tidak berhenti mengurut orang. Maa penah cakap dengan membantu orang lain INSYAALLAH, Allah akan membantu kita. Maa..maa

Hari demi hari berlalu. Aku memohon pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Maa meminta aku menyambung pengajian dalam bidang pendidikan kerana maa suka anak-anak jadi cikgu. Aku turutkan permintaan maa walaupun CIKGU bukan minat aku. Aku dipanggil menduduki ujian MEdSi. Majoriti pelajar diploma sama batch dengan aku dapat ujian MEdSi. Keputusan MEdSi keluar, alhamdulilah dengan berkat doa maa abah aku dapat temuduga cikgu. Tapi aku sedih jugak sebab rakan aku yang lain semua tidak berjaya. Hanya 3 orang sahaja yang berjaya temuduga. Masa interview, aku jawab dengan tak yakin. Balik je dari interview, aku nangis depan maa sebab takut tak dapat. Maa usap kepala aku, InsyaAllah ada rezeki akan dapat..jangan risau.. maa selalu doakan anak maa. Terima kasih maa!!

...Ogos/2013..keputusan UPU keluar..
TAHNIAH!! Anda berjaya ditawarkan ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..
Aku terus peluk maa.. nangis laju-laju.. Maa tanya, dapat kos apa? Hahaha.. Terlalu excited, aku tak tengok kos pun. Masuk bilik pandang laptop.

BIDANG PENGAJIAN: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS

Maaaaa.... kakjue dapat cikgu pendidikan khas. Ya Allah.. Maa..kak aku pun nangis jugak. Berkat doa seorang ibu. Akhirnya, impian aku nak sambung belajar ijazah di UKM dan dapat bidang seperti maa aku inginkan tercapai... Terima kasih Ya Allah....terima kasih maa..abah..


Maa.. doamu.. sentiasa iringi perjalanan kejayaan kakjue..



.......bersambung 

seperti dia...

my favourite song <3

Amylea - Seperti Dia Lirik (OST Ramadan Yang Hilang) 

Ku lakukan semua hanya untukmu
Biar kau tak mengerti apa maksudku
Namun masa terlalu singkat
Untuk aku buktikan padamu
Untukku... buktikan padamu

Ku jejak tiap haluan dia tuju
Kerna ku hanya mahu menjadi seperti dia
Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Ku harap malam tak muncul bintang
Kerna mereka tahu aku tak sama

Jalani hidupku jadi dirimu
Mencari sesuatu yang pernah hilang
Namun hidup terlalu singkat
Untuk aku buktikan semua
Untukku... buktikan semua 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya