Saturday, March 31, 2012

story kursus kahwin-part 1

assalamualaikum
tengahari ni, aku nak berkongsi sedikit tentang cerita kursus kahwin

alhamdulilah.. selepas berbincang dengan mr.koya, dia setuju nak ambil kursus kahwin dalam masa terdekat
tapi agak sedih la jugak sebab ambik kursus ni asing2 dengan dia..
mr.koya ambik kat pasir puteh, kelantan
aku ambik kat putrajaya
tapi ada la jugak sedikit persamaan sebab ambik kursus ni pada hari dan tarikh yang sama
so.. kira sweet la jugak:)

mula-mula daftar tu lucu jugak sebab aku adalah di antara peserta yang paling muda.
kebanyakan peserta kat sana 23++
dah la mereka pergi dengan pasangan.. aku pulak pergi dengan kawan-kawan
tak apalah, asalkan niat suci, bersih dan ikhlas nak timba ilmu.
banyak benda jugak yang aku belajar
macam mana nak handle rumah tangga supaya di redhai dan berkekalan..

antara intipati kursus kahwin:

1) bagaimana suami nak kawal keadaan kalau isteri suka berleter??

   (KAEDAH 1)
   ustaz tu cakap, kita sebagai suami jangan cuba melarikan diri dalam keadaan ini. tindakan ambil kunci
   kereta then lari adalah satu tindakan yang salah sebab perkara ini takkan boleh selesai. so, nak selesaikan
   masalah ini sangat mudah...

  apabila suami melihat isteri nak start enjin nak berleter, terus masuk bilik air.. ambil wudhuk.. solat..kalau
  yang belum solat waktu..kerjakan solat waktu..kalau yang dah solat waktu, buat solat hajat:)
  si suami solat lah selagi si isteri belum berhenti nak berleter..
  dengar je isteri panggil.. abgggg!!!!!
  si suami terus je angkat takbir... ALLAHUAKBAR..

  insyaAllah kaedah ini menjadi dan akhirnya si isteri akan cakap:
  abg.. dah la solat.. penat ayg tengok abg solat dari tadi lagi..









  (KAEDAH 2)
  kalau si suami tak nak lakukan kaedah 1, amalkan kaedah yang kedua:)
  yang ni senang sikit tapi kata-kata lebih memainkan peranan
  apabila si isteri mula berleter.. si suami perlu mendengar.. ambil hati si isteri ..
  selepas itu, bila tengok isteri break cakap kejap..

  si suami berdoa.. (lebih afdal doa depan isteri)
  YA ALLAH.. alhamdulilah.. kau kurniakan aku isteri yang cantik.. pandai.. bijak.. bertanggungkawab..
  pandai memasak.. aku rasa sangat bertuah mendapat isteri yang sesempurnanya..
  tapi kalau la dia boleh kurangkan berleter, aku rasakan hidup aku lebih bahagia bersamanya dan kehidupan
  rumahtangga aku dan dia selamat dunia dan akhirat..

 selesai saja berdoa.. ukirkan senyuman yang paling manis untuk isteri..
 secara tak langsung isteri akan berhenti berleter
 insyaAllah..kaedah ini juga mampu menyejukkan hati si isteri kerana suami pandai memberi pujian..
berilah pujian kepada pasangan anda setiap hari supaya ia memberi kebahagiaan dan keceriaan di dalam hati setiap pasangan..insyaAllah

ok la.. setakat ini sahaja yang boleh kongsi hari ini:) tunggu bahagian seterusnya... ceritera belum habis lagi:)

wassalam







Monday, March 19, 2012

s.u.n.y.i

malam ini terasa sunyi.. sunyi.. 
aku rindu kepada mereka.. rindu kepada mereka yang melakarkan corak kegembiraan dalam hidupku..
angin... sampaikan rinduku pada insan-insan yang ku sayang

Saturday, March 17, 2012

semalaman tanpa dia

mr.koya: awak.. sy kena pergi camping esok.
me: la.. buat apa?? memang wajib pergi ke? tak pergi boleh??
mr. koya: tak boleh wak. memang wajib students sem 2 pergi camping..
me: ok:(
:
:
:
:
:
:
:
mr.koya: awak.. saya minta maaf. saya kena serahkan tefon kat pihak kem. malam ni ada night walk.
me: alah.. tak bagi tak boleh ke??:(
mr.koya: wajib bagi la awak..jangan risau ye kejap je. petang esok dapat la.
me: lamanya...
mr.koya: sabar ye yang. ok lah, saya dah nak gerak ni. tak nak pesan apa2??
me: jaga diri ye. nak masuk hutan pakai baju lengan panjang. jalan elok2.
mr.koya: ok. awak pun jaga diri. sayang awak.
me: assalamualaikum
mr.koya: waalaikummussalam

YA ALLAH, KAU LINDUNGI DIA DARI SEGALA BAHAYA DAN KECELAKAAN. SEMOGA DIA SELAMAT PERGI DAN PULANG. AMIN....

Thursday, March 15, 2012

:: kahwin awal ::

assalamualaikum..
tadi saya ada terbaca artikel tentang kahwin pada usia muda. selepas baca artikel tu, serius fikir macam nak kahwin je..tapi tertanya jugak dalam hati, mampu ke aku pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu?? Pada pendapat saya,  kahwin awal tidak salah, ianya bergantung kepada individu sendiri.. jangan tanya orang lain..tepuk dada tanya diri sendiri.. sudah bersedia untuk pegang jawatan seorang isteri???


SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)


Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)


semoga senyuman yang terukir di antara kita tidak ternoktah di sini.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (HAMKA)

....sahabat bukan berakhir di sini...

Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?
Artikel iluvislam.com
 saya bahagia ada sahabat seperti mereka.. susah senang bersama..YA ALLAH.. berikanlah kebahagiaan kepada sahabatku.. semoga perjalanan serita kami tidak ternoktah selamanya.. 
 

Wednesday, March 14, 2012

tiada makna::

menangis untuk sesaat..ketawa untuk selamanya:)

Wednesday, March 07, 2012

terima kasih untuk junior sy:)

assalamualaikum..
pagi tadi cik nur jalan2 area JERTEH pi cari kerja tapi hampa.. kerja tak de..
ada kerja kosong tapi takut nak kerja.. sebab tuan empunya kedai tu garang giler kot..
waaaaaaaaaaaaaaaa....
sebelum mengalirkan air mata depan dia, baik cabut lari kan??

ok.. think positive!
ad hikmah apa yang berlaku :)
so, dari pagi hingga malam, cik nur menghabiskan masa duk rumah my sis kat JERTEH..
untuk matikan masa yang terluang, cik nur tengok cerita RAYA TAK JADI & SUMPAHAN KUM KUM

dalam kol 10 malam, sampai di rumah cik nur.. waaa!! rindu my bed!!!
terus je on9.. happynya bila tengok
junior cik nur dah siap mengedit blog cik nur...
rasa nak lompat!!!! comel kot!!!
terima kasih adik.. even akak tak kenal adik secara realiti tapi adik sanggup tolong akak..
mesti susah kan nak buat benda alah ni.
akak tabik spring la kat adik!!!!
kecik-kecik dah pandai teroka benda alah ni.. nanti jangan lupa ambik kos software engineering.. :)

thanks again dear... akak sangat puas hati.. akak bagi 1000000 bintang bersama bulan berserta tiket pelancongan ke planet MARIKH... :)


salam sayang........

Tuesday, March 06, 2012

first ^^

kembali berblog:)

the blockquote.
BOLD italic Underline SKITEthrough
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya