Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Wednesday, May 02, 2012

**jangan kau ucap selamat tinggal**

sem 1

sem 2

sem 3

sem 4

sem 5
    Memang kita selalu macam tu.
    Selalu nampak terang di seberang sungai sedangkan di sebelah sini tidak kurang.
    Bila kita sampai ke sana baru tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan.
    Kadang-kadang yang terang itu memanglah benderang tetapi tidak semestinya ia membahagiakan.

adalah lebih baik bertengkar daripada diam sedangkan bertengkar itu penghujungnya mendapat kefahaman sedangkan diam itu semakin menyulitkan keadaan

Tuesday, May 01, 2012

erti kawan^^

 kawan yang tidak suka dengan kejayaan dan kemajuan diri kita bukanlah kawan, sebaliknya mereka adalah musuh yang bertopengkan kawan





gambar atas ngeri sangat, tukar topeng kawan dengan topeng harimau elok jugak kan?

Wednesday, April 11, 2012

akhirnya..saya kahwin^^

assalamualaikum
alhamdulilah.. 
majlis kenduri kendara berjalan dengan lancarnya

terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan saya ye
opppsss.. silap..silap.. bukan saya yang kahwin
saja je buat gempak kat tajuk kat atas
lalalalalalalalalala

sebenarnya, kakak kawan baik saya yang kahwin
saya ni tetamu je..tetamu VVIP
seronok tengok orang kahwin
mula la rasa nak kahwin jugak 
tapi ???

masa kenduri ni dapat jugak kumpul satu geng 
lepas tu apa lagi
click! click!
bajet artis!! 

gambar dengan pengantin tak ada..lupa pulak nak tangkap..
biasalah nak jimat
guna KODAK kan
:)

antara gambar yang menggunakan kamera KODAK

yang laki ni namanya abg blok.. (kakak dia yang kahwin) sebab tu pakai bunga pink
tengah gaduh ni..

ni la keluarga yang tak bahagia

piki (cikgu seni), mcyah (tauke ladang tembikai), saya (guru besar), shahrol ( ???)

bajet retis!!

iklan COLGATE!

kami dah tua..eeeeeeeee

1 dara 2 teruna

piki tak ready lagi

haaaaaaaaa..last but not least..
ni lah group kami
sebenarnya..kami bertujuh tapi 2 orang lagi tak datang sebab ada jemputan
kena pi malam ABPBH 2011


Terima kasih sahabat kerana mewarnai hidup aku dengan pelbagai kerenah. Semoga kita terus berkawan untuk selamanya-lamanya. 

Thursday, March 15, 2012

....sahabat bukan berakhir di sini...

Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?
Artikel iluvislam.com
 saya bahagia ada sahabat seperti mereka.. susah senang bersama..YA ALLAH.. berikanlah kebahagiaan kepada sahabatku.. semoga perjalanan serita kami tidak ternoktah selamanya.. 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya