Monday, February 25, 2013

masjid jamek. sogo. times square

assalamulaikum.. 
Semua sihat? semalam pergi jejalan dengan budak kelas. Duit pinjaman kan dah masuk. So.. memang nak habiskan duit la ye. eeh.. tak jugak.. Niat ati nak gunakan baucer buku tu tapi tak ada buku yang sesuai untuk dibeli. Semuanya tak berkenan di hati. Dari pagi keluar pergi rumah abang nak ambik kasut sukan. Then, gerak g masjid jamek. Jalan sorang-sorang sebab budak kelas tak sampai lagi. Singgah beli beg kejap. Murah je (rm14). Itu je mampu beli. 

Sambil jalan-jalan tu teringat la kat kawan masa sekolah dulu. Diorang stay KL tengah kerja dan praktikum. Apa lagi terus text cakap duk masjid jamek. Kalau nak jumpa datang la. Itulah namanya sahabat. Sekali text terus datang. Terima kasih sayang sebab sudi luangkan masa dengan saya. Sayang korang ketat2.. ^^

tepi kanasaya (pakai shawl): eyun ( UTP: chemical engineering)
tepi kiri saya: mcnor ( POLI KB: civil engineering)
Dioarang ni bijak pandai. Ambik engineer. Kalau saya memang tak mampu la. Tak suka math. fizik dan anak beranak dia la. Masa SPM pun kantoi paper tu. Tak apa lah, saya sudah ditakdirkan untuk mendidik anak bangsa suatu hari nanti. InsyaAllah. Jumpa jugak dengan adik saya yang belajar kat PALAM. Ambik engineering jugak. Issshh.. Tension! Semua pakat nak jadik engineer. 

ni la my sis. NOOR ERRA FAZIRA. (nama betul ye )

Lepas tu masing-masing berpisah kat SOGO. Saya gerak dengan budak kelas. Shopping kejap kat SOGO dan MASJID JAMEK. Then, terus ambik LRT gerak Hang Tuah nak pergi sambung habiskan duit kat TIMES SQUARE pulak.
muka excited nak habiskan duit PTPTN ^^

retis la tu :)

muka penat nak tunggu train nak balik UKM 

Tak de motf? '___'
sahabat adalah mereka yang mengerti tentang masa lalumu,percaya pada masa depanmu,dan menerima kamu apa adanya

Saturday, February 23, 2013

setia hujung nyawa

PATUTKAH SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN?




  • Meredakan debaran di hati isteri

  • Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.





  • Meredakan kesakitan isteri

  • Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.





  • Menimbulkan keinsafan di hati suami

  • Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.





  • Lebih menyayangi dan menghargai isteri

  • Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.





  • Lebih menghargai keluarga

  • Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
    Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
    Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.
    Suami boleh membantu dengan cara:
    • Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
    • Memberi kata-kate semangat untuk isteri
    • Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
    • Mengelap muka isteri apabila berpeluh
    • Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
    Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda?
    amalkan doa ini.. insyaAllah semuanya selamat

    Wednesday, February 20, 2013

    kembali berblog ^^

    assalamualaikum..

    Sudah lama menyepi. Tersangat sibuk sem lepas padahal baru sem satu (banyak benda nak kena belajar untuk sesuaikan diri di uni lain). Alhamdulilah.. sem satu berakhir dengan satu juta kenangan. Walaupun baru masuk sini, banyak tempat yang dijelajah. Kiranya datang uni ni tak rugi jugak sebab boleh jalan-jalan banyak tempat. Antara tempat yang dijelajah:

    1) Sungai Congkak
    2) Bukit Broga
    3) Pulau Langkawi
    4) Sungai Skanching

    memang best la!! yang penting semua FREE!

    Memang betul apa orang cakap kan. Kehidupan diploma dengan ijazah ada bezanya terutamanya soalan EXAM. hihi.. dulu, soalan diploma senang je, bila masuk ijazah.. Gurlp!! Baru tau langit tu tinggi ke rendah kan? Walau apapun, alhamdulilah keputusan peperiksaan masih boleh berikan senyuman pada maa abah :)

    BUKIT BROGA! dah tawan sampai atas :)

    Pulau Langkawi. Kenangan BTN (UKM, UIAM, UM)

    Family Day Fakulti Pendidikan ( Sg.Congkak)

    Family Day anak Kelate ( Sg. Skanching)

    kenangan tidak akan tercipta jika kita tidak menciptanya. 

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya