Friday, April 20, 2012

terima kasih YA ALLAH^^

terima kasih encik google

credit to mr.google

Terima kasih YA ALLAH..
penantian selama ini berakhir..
walaupun banyak perkara yang berlaku..
namun engkau tidak pernah putus untuk memberikan rezeki kepada aku dan seluruh umatmu..
Alhamdulilah..

Semoga aku dan sahabat yang lain berjaya melepasi ujian MeDSI..
Semoga kami juga berjaya untuk melepasi segala rintangan dan halangan sebelum bergelar sebagai seorang GURU..


hanya kau yang mampu mempermudahkan segalanya... 




Kepada yang tidak berjaya menduduki ujian medsi..jangan sedih sayang..mungkin ada rezeki di tempat lain..

Assalamualaikum =) you know those times when you received bad news and people say "takpe lah.. mungkin ada hikmah disebaliknya". believe it =) Surah Al-An'am, ayat 67: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya) dan kamu akan mengetahuinya.  (copy paste from http://peliks.blogspot.com/)

Sunday, April 15, 2012

sebelum konvokesyen^^

Assalamualaikum sahabat. Hari ini terasa malas nak menulis tapi nak tulis jugak. Cuba melawan rasa nafsu kemalasan tersebut. Entry lepas saya ada cakap pasal keputusan akhir saya yang entah apa-apa. Dah la tak nak fikir pasal result lagi. Menangis air mata darah sekalipun bukannya boleh berubah.

Keluarnya result akhir bermakna saya dah bebas!! MERDEKA!! Merdeka dari belajar di kampus UPSI sebagai pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dekat page group facebook sekarang tengah hot duk cerita sal KONVOKESYEN ni.. oppsss.. dengar nama konvo pun dah nak jatuh jantung. Berdebar je tibe-tibe. (macamlah jadi best student). Macam terlebih excited nak konvo. Padahal Diploma je pun. Persediaan untuk konvo tak buat apa-apa lagi. 

Tarikh penting sebelum konvo:

2 hb Mei- ambil jubah


3hb Mei - raptai konvokeseyen


Begitulah tarikh-tarikh yang tertera di atas dan peristiwa yang berlangsung pada tarikh tersebut sebelum tarikh sebenar konvo adalah 9hb Mei 2012. Tapi saya tak pergi pun untuk raptai dengan ambil jubah. Just wakilkan orang saja untuk ambil jubah. Sedih kan:( (sila menangis bersama-sama) '_________'

shopping baju, tudung, kasut untuk konvo bersama orang tersayang Jumaat ni^^ (warna puprle cantik tak naik atas pentas? ) 

 

Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya sangat berbangga menjadi rakyat kelantan yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (UPSI).  

Friday, April 13, 2012

hidup ibarat roda:(


NAMA
:
Nursya Julia Binti Mahmood Zuludin 
ALAMAT
:
Kampung Gaal Hilir,
16800  Pasir Puteh
Kelantan  
PROGRAM
:
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
FAKULTI
:
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia 



KURSUS
KREDIT
GRED


    Latihan Mengajar
A- 



    Projek Penyelidikan 
A- 


 pngs: 3.7 above
 pngk : 3.8 above

KEPUTUSAN
   Tamat Pengajian 
STATUS
   Layak Dianugerahkan Diploma Pendidikan 


 Assalamualaikum.
Petang ni rasa macam nak menangis. Nak guling..nak bergolek.. 
Penantian saya selama ni akhirnya terjawab jugak. 2 bulan menanti keputusan peperiksaan akhir dengan penuh debaran. Akhirnya terjawab jugak.

Alhamdulilah dengan apa yang diperolehi walaupun ada sedikit kesedihan di hati ini. Hati ini sangat sedih. Saya mengharapkan keputusan yang tinggi tapi? 
Sepanjang tiga tahun belajar, 2 kali saya berperasaan sedemikian tapi kali ni agak teruk sebab ianya keputusan akhir. Saya dah tak boleh nak mengubahnya. 

Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara dan ujian untuk saya ialah... yes! saya kecewa tapi saya cuba fikirkan ini adalah ujian.. ujian yang memberikan saya lebih kuat nak tempuhi dugaan. Sepanjang tiga tahun ini adalah keputusannya. 

Terima kasih YA ALLAH.. kita takkan selalu berada di atas. Apabila berada di atas kita mungkin mudah lupa dan bongkak. 

Tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat keputusan tinggi. Alhamdulilah, kita semua boleh graduat dengan hati yang girang. Jumpa dekat konvo nanti ye syg. 

semoga aku boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.. InsyaaAllah..
mood:nak pergi shopping baju konvo, kasut, tudung.. yes! masa untuk menghabiskan duit maa abah:)

Thursday, April 12, 2012

perlukah berkahwin??

assalamualaikum kepada sahabat yang sudi membaca blog saya yang entah apa-apa ni..
malam ni tiba-tiba saja rasa nak jiwang sikit.
kadang-kadang saya tertanya sendiri..
perlu ke berkahwin??
kadang-kadang saya tanya kakak dengan abang yang dah kahwin, best ke kahwin?
ada yang hanya tersenyum..dan ada yang memberi komen negatif dan positif
kadang-kadang saya tanya seronok tak ada anak?
kebanyakan yang jawab lebih kurang saja jawapannya.
jawapannya sangat seronok bila tengok anak sentiasa senyum.. tak buat perangai.. dan sangat tension kalau anak buat perangai..meragam tak tentu pasal.

Saya hanya terdiam. Cuba mencari apa itu erti perkahwinan..
Hati ingin berkahwin tapi hati ini juga takut untuk berkahwin.
Kata-kata nasihat yang diberikan oleh kakak saya sangat berguna dan saya rasakan penuh makna yang tersirat di sebaliknya^^

carilah pasangan yang menyayangi kita bukan kita menyayanginya andai tidak mahu menjadi mangsa CINTA

Wednesday, April 11, 2012

akhirnya..saya kahwin^^

assalamualaikum
alhamdulilah.. 
majlis kenduri kendara berjalan dengan lancarnya

terima kasih kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan saya ye
opppsss.. silap..silap.. bukan saya yang kahwin
saja je buat gempak kat tajuk kat atas
lalalalalalalalalala

sebenarnya, kakak kawan baik saya yang kahwin
saya ni tetamu je..tetamu VVIP
seronok tengok orang kahwin
mula la rasa nak kahwin jugak 
tapi ???

masa kenduri ni dapat jugak kumpul satu geng 
lepas tu apa lagi
click! click!
bajet artis!! 

gambar dengan pengantin tak ada..lupa pulak nak tangkap..
biasalah nak jimat
guna KODAK kan
:)

antara gambar yang menggunakan kamera KODAK

yang laki ni namanya abg blok.. (kakak dia yang kahwin) sebab tu pakai bunga pink
tengah gaduh ni..

ni la keluarga yang tak bahagia

piki (cikgu seni), mcyah (tauke ladang tembikai), saya (guru besar), shahrol ( ???)

bajet retis!!

iklan COLGATE!

kami dah tua..eeeeeeeee

1 dara 2 teruna

piki tak ready lagi

haaaaaaaaa..last but not least..
ni lah group kami
sebenarnya..kami bertujuh tapi 2 orang lagi tak datang sebab ada jemputan
kena pi malam ABPBH 2011


Terima kasih sahabat kerana mewarnai hidup aku dengan pelbagai kerenah. Semoga kita terus berkawan untuk selamanya-lamanya. 

Thursday, April 05, 2012

perbualan antara 3 insan

assalamualaikum...
Perbualan yang berlaku di antara insan yang paling bermakna dalam hidup aku iaitu maa dan my bff..

aku: yah.. apply tak degree?

bff: apply.. tapi aku apply bawah UITM kat sama kos. kau?

aku: apply jugak. Tapi aku tukar kos. Lama pulak aku belajar.

bff: tukar kos apa?

aku: kos........

bff: tak apa la. Aku malas nk tukar kos sebab aku memang minat kos ni. Pastu, boleh jimat masa. 2 1/2 tahun je kalau sambung degree.

aku: untung lah.. aku jugak lama belajar. Rugi tak masuk form 6:(

maa: tu la.. maa suruh masuk matrik tak nak. Kalau masuk matrik, sekarang pun dah nak habis belajar.

aku: maa.. bukan tak nak tapi kak jue tak pandai sangat matematik tambahan. Result SPM hari tu pun hancur. Takut kena reject nanti.

bff: sabar la jue.. belajar lama pun tak apa.. Allah dah buat yang terbaik untuk kita semua.

aku: yup.. tapi aku sedih. Kawan lain dah nak habis belajar. Aku? 

comel lagi budak ni menangis:)
keluar air mata darah sekalipun, masa takkan boleh diputar kembali.

Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Sumber Asal: Himpunan 19 Kata-Kata Hikmat ‘Motivasi’ Untuk Membakar Semangat Anda! | Julmazli Dot Com 

Wednesday, April 04, 2012

doa

credit to en.google
impian setiap manusia ingin berjaya di dunia serta akhirat. Mampukah aku? 

Tuesday, April 03, 2012

pilihan penentu masa depan

assalamualaikum..
semalam tarikh last permohonan upu untuk lepasan diploma/setaraf. Saja nak sebut diploma/ setaraf sebab aku kan lepasan diploma ^^..

aku harap pilihan terakhir aku ini mampu untuk mengubah masa depan. InsyaAllah.

Semalam emosi tak stabil, tak pasal-pasal aku mengamuk kat cc.ok, aku tak nak pergi lagi cc tu.Buat malu saja :0

Sunday, April 01, 2012

first day^^

assalamualaikum..
alhamdulilah.. sekian lama hasrat hati nak drive kereta akhirnya tercapai..
terima kasih mr.koya sebab merealisasikan impian saya:)
terima kasih sudi ajar saya:)
terima kasih bagi semangat kat saya:)

dup..dap..dupp..dapp.. jantung berdegup masa nak pegang stereng tu,
macam-macam aku fikir..
tapi buang jauh-jauh sebab
aku kan nak jadi WANITA BEKERJAYA..   (perasan)



credit to: mr.google
hanya sekadar gambar hiasan

terima kasih untuk mr.koya sebab bagi pinjam kereta ye:)
tak sabar nak pergi jenjalan dengan dia lagi

my sis test JPJ 12/4 ni, wish u luck dear..

umur dah tua tapi sekarang baru ada rezeki nak ambik lesen.. ada kereta kat rumah tapi abah tak bagi sebab sayang anak perempuan dia:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya