Sunday, April 15, 2012

sebelum konvokesyen^^

Assalamualaikum sahabat. Hari ini terasa malas nak menulis tapi nak tulis jugak. Cuba melawan rasa nafsu kemalasan tersebut. Entry lepas saya ada cakap pasal keputusan akhir saya yang entah apa-apa. Dah la tak nak fikir pasal result lagi. Menangis air mata darah sekalipun bukannya boleh berubah.

Keluarnya result akhir bermakna saya dah bebas!! MERDEKA!! Merdeka dari belajar di kampus UPSI sebagai pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dekat page group facebook sekarang tengah hot duk cerita sal KONVOKESYEN ni.. oppsss.. dengar nama konvo pun dah nak jatuh jantung. Berdebar je tibe-tibe. (macamlah jadi best student). Macam terlebih excited nak konvo. Padahal Diploma je pun. Persediaan untuk konvo tak buat apa-apa lagi. 

Tarikh penting sebelum konvo:

2 hb Mei- ambil jubah


3hb Mei - raptai konvokeseyen


Begitulah tarikh-tarikh yang tertera di atas dan peristiwa yang berlangsung pada tarikh tersebut sebelum tarikh sebenar konvo adalah 9hb Mei 2012. Tapi saya tak pergi pun untuk raptai dengan ambil jubah. Just wakilkan orang saja untuk ambil jubah. Sedih kan:( (sila menangis bersama-sama) '_________'

shopping baju, tudung, kasut untuk konvo bersama orang tersayang Jumaat ni^^ (warna puprle cantik tak naik atas pentas? ) 

 

Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya sangat berbangga menjadi rakyat kelantan yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (UPSI).  

3 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

ore kelate kooooo . tatau pulok . hhehe . tahniah !

NuZuL HaiRi said...

slmt bkonvo. lps ni leh r keje. yeayy :)

cik julia said...

supergirl: yup.. ore kelantan:)

nuzul: lambat lagi.. nak sambung pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya