Thursday, April 12, 2012

perlukah berkahwin??

assalamualaikum kepada sahabat yang sudi membaca blog saya yang entah apa-apa ni..
malam ni tiba-tiba saja rasa nak jiwang sikit.
kadang-kadang saya tertanya sendiri..
perlu ke berkahwin??
kadang-kadang saya tanya kakak dengan abang yang dah kahwin, best ke kahwin?
ada yang hanya tersenyum..dan ada yang memberi komen negatif dan positif
kadang-kadang saya tanya seronok tak ada anak?
kebanyakan yang jawab lebih kurang saja jawapannya.
jawapannya sangat seronok bila tengok anak sentiasa senyum.. tak buat perangai.. dan sangat tension kalau anak buat perangai..meragam tak tentu pasal.

Saya hanya terdiam. Cuba mencari apa itu erti perkahwinan..
Hati ingin berkahwin tapi hati ini juga takut untuk berkahwin.
Kata-kata nasihat yang diberikan oleh kakak saya sangat berguna dan saya rasakan penuh makna yang tersirat di sebaliknya^^

carilah pasangan yang menyayangi kita bukan kita menyayanginya andai tidak mahu menjadi mangsa CINTA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya