Saturday, March 31, 2012

story kursus kahwin-part 1

assalamualaikum
tengahari ni, aku nak berkongsi sedikit tentang cerita kursus kahwin

alhamdulilah.. selepas berbincang dengan mr.koya, dia setuju nak ambil kursus kahwin dalam masa terdekat
tapi agak sedih la jugak sebab ambik kursus ni asing2 dengan dia..
mr.koya ambik kat pasir puteh, kelantan
aku ambik kat putrajaya
tapi ada la jugak sedikit persamaan sebab ambik kursus ni pada hari dan tarikh yang sama
so.. kira sweet la jugak:)

mula-mula daftar tu lucu jugak sebab aku adalah di antara peserta yang paling muda.
kebanyakan peserta kat sana 23++
dah la mereka pergi dengan pasangan.. aku pulak pergi dengan kawan-kawan
tak apalah, asalkan niat suci, bersih dan ikhlas nak timba ilmu.
banyak benda jugak yang aku belajar
macam mana nak handle rumah tangga supaya di redhai dan berkekalan..

antara intipati kursus kahwin:

1) bagaimana suami nak kawal keadaan kalau isteri suka berleter??

   (KAEDAH 1)
   ustaz tu cakap, kita sebagai suami jangan cuba melarikan diri dalam keadaan ini. tindakan ambil kunci
   kereta then lari adalah satu tindakan yang salah sebab perkara ini takkan boleh selesai. so, nak selesaikan
   masalah ini sangat mudah...

  apabila suami melihat isteri nak start enjin nak berleter, terus masuk bilik air.. ambil wudhuk.. solat..kalau
  yang belum solat waktu..kerjakan solat waktu..kalau yang dah solat waktu, buat solat hajat:)
  si suami solat lah selagi si isteri belum berhenti nak berleter..
  dengar je isteri panggil.. abgggg!!!!!
  si suami terus je angkat takbir... ALLAHUAKBAR..

  insyaAllah kaedah ini menjadi dan akhirnya si isteri akan cakap:
  abg.. dah la solat.. penat ayg tengok abg solat dari tadi lagi..









  (KAEDAH 2)
  kalau si suami tak nak lakukan kaedah 1, amalkan kaedah yang kedua:)
  yang ni senang sikit tapi kata-kata lebih memainkan peranan
  apabila si isteri mula berleter.. si suami perlu mendengar.. ambil hati si isteri ..
  selepas itu, bila tengok isteri break cakap kejap..

  si suami berdoa.. (lebih afdal doa depan isteri)
  YA ALLAH.. alhamdulilah.. kau kurniakan aku isteri yang cantik.. pandai.. bijak.. bertanggungkawab..
  pandai memasak.. aku rasa sangat bertuah mendapat isteri yang sesempurnanya..
  tapi kalau la dia boleh kurangkan berleter, aku rasakan hidup aku lebih bahagia bersamanya dan kehidupan
  rumahtangga aku dan dia selamat dunia dan akhirat..

 selesai saja berdoa.. ukirkan senyuman yang paling manis untuk isteri..
 secara tak langsung isteri akan berhenti berleter
 insyaAllah..kaedah ini juga mampu menyejukkan hati si isteri kerana suami pandai memberi pujian..
berilah pujian kepada pasangan anda setiap hari supaya ia memberi kebahagiaan dan keceriaan di dalam hati setiap pasangan..insyaAllah

ok la.. setakat ini sahaja yang boleh kongsi hari ini:) tunggu bahagian seterusnya... ceritera belum habis lagi:)

wassalam







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya