Wednesday, January 02, 2013

exam oh exam..

assalamualaikum..

YA ALLAH..pejam celik..pejam celik.. dah habis semester 1.. OPPSS.. tak habis lagi la.. Final exam pun tak start lagi.Jangan perasan ye. Ya Allah.. serius, aku takut. takut nak hadapi exam. Macam tak ada kekuatan. Tak ada semangat. Kenapa? Sebab aku rindukan zaman belajar di UPSI dulu.. Setiap malam aku mimpi sana. Tapi tak ada guna pun kalau aku ingatkan kembali. Aku kena berpijak di bumi yang NYATA. Julia.. STUDY!! 

Sebelum study tu, nak kongsi doa apabila mula belajar. Baca doa ni ye. Allah akan tolong kita nanti. Usaha dan tawakal itu penting. 

 Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmat-Mu dan
limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang.



Semoga kalian semua berjaya dalam peperiksaan. 
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih  

Friday, October 19, 2012

sanah helwah^^

selamat hari lahir
NURSYA JULIA BINTI MAHMOOD ZULUDIN
^^

semakin bertambah usia..semakin dekat dengan kematian.. semoga diri ini mampu menjadi seorang yang baik..yang boleh membanggakan ibu bapa^^

Wednesday, September 12, 2012

...........

Tuntutlah ilmu selagi termampu. Gapai impian selagi terdaya. Semua kemahuan boleh dipenuhi. Ianya pilihan kita sendiri. Antara keinginan dan kemahuan.

Tuesday, September 11, 2012

jadik pelajar ukm pulak!

cak..cak..! 

jadik budak skema dengar taklimat:)

cik jue dengan cik ten.
badan kecik tapi cakap banyak..:)
setiap tempat yang dituju ada kelainannya. aku sekarang berada di tengah lautan orang yang bijak pandai. mampukah aku mencapai impian? mampukah aku berada sama taraf di antara orang yang bijak pandai?? 

Saturday, July 14, 2012

..::seribu yang pergi..sejuta yang datang::..

assalamualaikum::)
Pagi yang indah kini masah cerah.. lalalala..
Bila rasa gembira kata HOOREEYY!! hooreeeyyy..

*menyanyilah untuk senaman pagi*

130712
Tarikh yang membawa kebahagiaan dalam hidupaku. Tarikh yang mampu mengubah kehidupanku kelak. Terima kasih Ya ALLAH dengan apa yang kau berikan. Kau makbulkan doaku, doa kedua ibubapa. Alhamdulilah.

8.15 a.m- Abg ipar telefon. Kakteh dah selamat bersalin pagi tadi. Anak perempuan. 
*alhamdulilah.. bertambah ahli keluarga aku. so, total anak buah sekarang 20 orang*


11.00 a.m- my sahabat telefon cakap result upu dah keluar. Boleh cek sekarang. 
*dup..dap..dup.. dap.. maa.. dah boleh cek keputusan ijazah.. Takut la. Laa.. cakap nak cek lepas raya**


..............................................................................................................................................................


akhirnya debaran terasa dilenyapkan dengan satu keputusan yang tak disangka:)



Lepas je pukul 12 tengahari semalam, terus buka laman web UKM.. excited.. manalah tau benda ni tipu..:)

Okey. Benda tadi jujur. hihi.. alhamdulilah, u yang diinginkan berjaya ditakluki. Rasa bangga boleh dapat ukm. Kan u yang famous jugak. Pembelajaran pun mesti dengan budak-budak yang cerdik pintar. 


* bila je tahu.. terus peluk maa abah..maa dah nangis. Terkejut akhirnya doa seorang ibu ayah dimakbulkan*


semua yang terjadi dalam hidup kita adalah satu anugerah daripadanya. bila kita di atas jangan sesekali lupa bahawa untuk sampai ke atas kita perlu bermula dari bawah

Wednesday, July 11, 2012

kasih seorang ibu^^

kisah 1
anak: Maa.. Saya rasa macam nak makan kek coklat je. Maa pandai buat tak??

maa : Boleh je. lagipun maa pun dah lama tak buat. Pergi beli telur. Yang lain semua dah ada.


kisah 2
anak: Maa.. raya tahun ni nak pakai baju kurung moden boleh tak? Tapi tak nak tempah. Tak sedap pakai baju yang orang lain jahit. Baju maa jahit je best. *sambil tersengih-sengih*

maa : Boleh je. Maa try jahit. Lagipun dah lama maa tak jahit baju kurung moden untuk anak-anak.


kisah 3
anak: Maa.. saya nak berenti kerja la. Penat. Tak larat rasanya. Tapi macam mana belanja nak masuk degree nanti?

maa : Bagus la tu. Maa pun ada kawan kat rumah. Jangan risau, maa dah lama simpan duit anak nak masuk universiti.


kisah 4
anak: Maa..  Kalau saya nak kerja pulak boleh tak? Boring la, duk rumah je.

maa : Tak payah la.. nanti penat.. rehat la.. Dah 3 tahun belajar, pah ni nak masuk degree pulak. Tak ada masa nak rehat. Tolong maa kemas rumah. Nanti maa bagi gaji.



Kak ju sayang maa. Terima kasih maa untuk segalanya. 

1st GiveAway by Fatin & Fatini


jom kita sama-sama join. nak join?? klik  sini sayang^^
mana la tahu kot-kot ada rezeki nak menang kan
rezeki di bulan ramadhan (puasa tak lagi)


hadiah menarik menanti anda:

TOP REFFERAL
-Mini Pendrive + masuk dalam bloglist kami selama 3 bulan 
-USB + masuk dalam bloglist kami selama 3 bulan 
-Teddybear + masuk dalam dalam bloglist kami selama 3 bulan x 2 pemenang 

TOP REFFERAL UTAMA DIBERI KEUTAMAAN UNTUK MEMILIH SALAH SATU DARIPADA HADIAH DI ATAS DI IKUTI TOP REFFERAL KEDUA, KETIGA DAN KEEMPAT

MENGGUNAKAN RANDOM.ORG
-Novel x 2 pemenang
-Shawl x 2 pemenang
-Tudung bawal x 1 pemenang
-T-shirt x 1 pemenang
-Jersey Harimau Malaya x 1 pemenang
-Frame Gambar x 1 pemenang
-Mug x 1 pemenang
-Topup RM5 x 1 pemenang
-Perfume 1 x 1 pemenang
-Cute pencil holder x 1 pemenang

ENTRY MENARIK
-Keychain x 5 pemenang 
-Brooch x 3 pemenang 

SAGUHATI
-Header x 5 pemenang 
-Cursor nama sendiri x 10 pemenang



saya nak tag kengkawan saya yang ohsem!

Tuesday, July 10, 2012

.::kata-kata pujangga::.





Hargai CINTA anda, mahalkan sedikit harganya agar 
apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang, dia amat menghargainya.

Saturday, July 07, 2012

tiada kata

Debaran semakin terasa..
dap..dup..dap..dup..

buka je laman web http://upu.mohe.gov.my/
terus je tengok berita yang mengerikan.

MINGGU KE-2 JULAI - STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/ MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA / SETARAF (IJAZAH PERTAMA) SESI AKADEMIK 2012/2013

Allah.. adakah aku layak untuk menyambung pelajaran?? Takut nak berharap. Takut kecewa. Family semua pakat duk tunggu keputusan ni. Aku je yang buat rileks. Dah lama duk rumah rasa macam malas belajar la pulak. Tapi tak boleh, cita-cita aku tak tercapai lagi.
YA ALLAH, semoga hambamu dapat mengejar cita-cita untuk menjadi seorang guru.

Wednesday, June 06, 2012

4 tahun^^

Alhamdulilah.. 4 tahun sudah aku dengan mr.koya. Semoga Allah panjangkan jodoh kami untuk selama-lamanya. 

Saturday, May 19, 2012

konvokesyen julia^^

assalamualaikum..
Alahai..lama rasanya tak berblog yer.. sejak akhir ni, saya agak busy la. Banyak benda yang kene settle. Alhamdulilah. Allah permudahkan segalanya.

9hbmei = selesai konvo


Terima kasih kepada semua yang terlibat semasa konvo saya terutamanya kedua ibu bapa saya.. terima kasih maa.. abah<3<3.. adik beradik.. anak sedara, pensyarah, sahabat saya dan tak lupa juga kepada seseorang yang sentiasa memberi semangat dan nasihat sepanjang pengajian saya di peringkat diploma. Alhamdulilah.. Bahagia rasanya apabila kita di kelilingi orang yang tersayang. Saya adalah orang yang paling bertuah dalam dunia! Terima kasih YA ALLAH!

terima kasih family saya<3<3 sudi datang ke majlis konvo:)
terharu'____"

muka baru keluar dewan konvo.
 15 minit carik family dalam kesesakan orang ramai
alhamdulilah..jumpa jugak!

baling mortar board (murtabak) sorang-sorang la:)

mr.koya terima kasih datang ye.
terharu sangat sampai nak guling-guling terjun dalam tasik^^

i love this pic!
maa. abah.... hadiah kak ju untuk maa ngn abah<3<3
terima kasih untuk segalanya:)

family a.ale yang sentiasa bagi sokongan sepanjang belajar ^^
terima kasih a.ale, kaknurul dengan syauqina (budak kecik yang banyak cakap)

ni la my bro yang last^^
awal tahun depan dah nak jadik husband orang
dialah photograher konvo saya
terima kasih jadikan adikmu yang lawa ni model ye:)

ce teka ni sape??
nk adik perempuan saya^^
sayang adik saya ketat-ketat^^ 
ni adik bongsu saya
manja, apa yang dia nak kene tunaikan
nanti merajuk^^

last but no least
akhirnya saya selamat menjadi graduan pertama
bagi diploma pendidikan awal kanak-kanak
UPSI
terima kasih semua^^


Lepas je konvo hari rabu, terus siapkan diri baca tentang kaunseling sebab ada interview kat UM. Alhamdulilah, semuanya selamat. Seronok jugak bila diinterview. Tak puas rasanya^^

Sunday, May 06, 2012

selamat hari lahir Damia Hidayati Omar^^

assalamualaikum dan selamat tengah malam:)
mungkin ramai yang dah tidur masa ni kan??
dua tiga hari ni saya rasa teramatlah pelik.
saya rasa ada perkara penting dalam bulan 5/mei ni..
puas duk pikir.. apa ye??

9/5= konvo
11/5= interview
16/5= test JPJ
19/5= keputusan medsi
22/5= saya ngn mr.koya

Bila tengok balik tarikh kat atas.. Rasanya tak ada yang tertinggal. Tapi hati ni rasa ada lagi benda yang tertinggal. Alhamdulilah, Allah masih lagi memberi saya ingatan tentang sahabat saya yang sekarang berada jauh di sana.

Rupanya selama saya duk fikir apa benda yang tertinggal, rupanya...

6/5= birthday sahabat yang dikasihi


pic form 3:)


 ALLAH still tautkan kita
walau lama xbersua
tapi hatiku tetap mngingatimu... 
kau iringi hidupki dgn suka dan duka
mengukir kenangan kita bersama

Allah ciptakan kenangan antara kita dan Allah jadikan perpisahan antara kita.. walaupun perpisahan terjadi, kita masih bersama.. bersama di hati untuk selamanya..

selamat hari lahir buat sahabatku yang berada jauh di sana..Damia Dho♥♥

sayang saya kat awak takkan boleh ganti dengan orang lain:)

Thursday, May 03, 2012

test!! test!

Saja pos something yang tak menarik petang ni.. Test buka blog dengan BB. Jadi jugak ey.. (Ayat jakun).. Ok tata

Wednesday, May 02, 2012

**jangan kau ucap selamat tinggal**

sem 1

sem 2

sem 3

sem 4

sem 5
    Memang kita selalu macam tu.
    Selalu nampak terang di seberang sungai sedangkan di sebelah sini tidak kurang.
    Bila kita sampai ke sana baru tahu yang terang itu bukan semestinya meriah dan menyenangkan.
    Kadang-kadang yang terang itu memanglah benderang tetapi tidak semestinya ia membahagiakan.

adalah lebih baik bertengkar daripada diam sedangkan bertengkar itu penghujungnya mendapat kefahaman sedangkan diam itu semakin menyulitkan keadaan

Tuesday, May 01, 2012

erti kawan^^

 kawan yang tidak suka dengan kejayaan dan kemajuan diri kita bukanlah kawan, sebaliknya mereka adalah musuh yang bertopengkan kawan





gambar atas ngeri sangat, tukar topeng kawan dengan topeng harimau elok jugak kan?

baju hardisk:)

assalamualaikum..
Lama rasanya tinggal dunia beblog ni. Sekarang busy sikit sebab ada kelas memandu. Biasalah tua macam ni baru ada kesedaran nak ambil lesen. Baru ada rezeki nak buat macam mana kan. Alhamdulilah..semuanya berjalan dengan lancar walaupun kadang-kadang kena jugak lempang dengan cikgu yang ajar kereta. dussshhhh!!

Ada kesempatan malam ni, rajin pulak jari taip menaip dalam blog yang sudah bersawang ni.. ^^..
Minggu lepas saya order baju untuk hardisk saya. Kesian hardisk saya, dah berapa bulan tak pakai baju. Nak tengok pun segan apatah lagi nak guna. Alhamdulilah, dengan bantuan sahabat saya (syairah ), akhirnya hardisk saya pakai baju. Takde lah sejuk sangat malam nanti ye. Nak tengok tak baju hardisk saya?? kalau tak nak tengok pun nak tunjuk jugak '____'

cantik kan?? macam tuan hardisk..lallaalla.. ok bye!


Kalau sesiapa berminat nak tempah baju untuk hardisk, laptop, peti sejuk, televisyen dll..boleh je terus tengok kat blog kawan saya ni (blog,  page fb). Semua barang yang comel, cute semua ada. Rugi kalau tak beli. Menyesal seumur hidup^^ 

Friday, April 20, 2012

terima kasih YA ALLAH^^

terima kasih encik google

credit to mr.google

Terima kasih YA ALLAH..
penantian selama ini berakhir..
walaupun banyak perkara yang berlaku..
namun engkau tidak pernah putus untuk memberikan rezeki kepada aku dan seluruh umatmu..
Alhamdulilah..

Semoga aku dan sahabat yang lain berjaya melepasi ujian MeDSI..
Semoga kami juga berjaya untuk melepasi segala rintangan dan halangan sebelum bergelar sebagai seorang GURU..


hanya kau yang mampu mempermudahkan segalanya... 




Kepada yang tidak berjaya menduduki ujian medsi..jangan sedih sayang..mungkin ada rezeki di tempat lain..

Assalamualaikum =) you know those times when you received bad news and people say "takpe lah.. mungkin ada hikmah disebaliknya". believe it =) Surah Al-An'am, ayat 67: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya) dan kamu akan mengetahuinya.  (copy paste from http://peliks.blogspot.com/)

Sunday, April 15, 2012

sebelum konvokesyen^^

Assalamualaikum sahabat. Hari ini terasa malas nak menulis tapi nak tulis jugak. Cuba melawan rasa nafsu kemalasan tersebut. Entry lepas saya ada cakap pasal keputusan akhir saya yang entah apa-apa. Dah la tak nak fikir pasal result lagi. Menangis air mata darah sekalipun bukannya boleh berubah.

Keluarnya result akhir bermakna saya dah bebas!! MERDEKA!! Merdeka dari belajar di kampus UPSI sebagai pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Dekat page group facebook sekarang tengah hot duk cerita sal KONVOKESYEN ni.. oppsss.. dengar nama konvo pun dah nak jatuh jantung. Berdebar je tibe-tibe. (macamlah jadi best student). Macam terlebih excited nak konvo. Padahal Diploma je pun. Persediaan untuk konvo tak buat apa-apa lagi. 

Tarikh penting sebelum konvo:

2 hb Mei- ambil jubah


3hb Mei - raptai konvokeseyen


Begitulah tarikh-tarikh yang tertera di atas dan peristiwa yang berlangsung pada tarikh tersebut sebelum tarikh sebenar konvo adalah 9hb Mei 2012. Tapi saya tak pergi pun untuk raptai dengan ambil jubah. Just wakilkan orang saja untuk ambil jubah. Sedih kan:( (sila menangis bersama-sama) '_________'

shopping baju, tudung, kasut untuk konvo bersama orang tersayang Jumaat ni^^ (warna puprle cantik tak naik atas pentas? ) 

 

Dengan ini saya mengumumkan bahawa saya sangat berbangga menjadi rakyat kelantan yang telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (UPSI).  

Friday, April 13, 2012

hidup ibarat roda:(


NAMA
:
Nursya Julia Binti Mahmood Zuludin 
ALAMAT
:
Kampung Gaal Hilir,
16800  Pasir Puteh
Kelantan  
PROGRAM
:
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak 
FAKULTI
:
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia 



KURSUS
KREDIT
GRED


    Latihan Mengajar
A- 



    Projek Penyelidikan 
A- 


 pngs: 3.7 above
 pngk : 3.8 above

KEPUTUSAN
   Tamat Pengajian 
STATUS
   Layak Dianugerahkan Diploma Pendidikan 


 Assalamualaikum.
Petang ni rasa macam nak menangis. Nak guling..nak bergolek.. 
Penantian saya selama ni akhirnya terjawab jugak. 2 bulan menanti keputusan peperiksaan akhir dengan penuh debaran. Akhirnya terjawab jugak.

Alhamdulilah dengan apa yang diperolehi walaupun ada sedikit kesedihan di hati ini. Hati ini sangat sedih. Saya mengharapkan keputusan yang tinggi tapi? 
Sepanjang tiga tahun belajar, 2 kali saya berperasaan sedemikian tapi kali ni agak teruk sebab ianya keputusan akhir. Saya dah tak boleh nak mengubahnya. 

Allah menguji hambanya dengan pelbagai cara dan ujian untuk saya ialah... yes! saya kecewa tapi saya cuba fikirkan ini adalah ujian.. ujian yang memberikan saya lebih kuat nak tempuhi dugaan. Sepanjang tiga tahun ini adalah keputusannya. 

Terima kasih YA ALLAH.. kita takkan selalu berada di atas. Apabila berada di atas kita mungkin mudah lupa dan bongkak. 

Tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat keputusan tinggi. Alhamdulilah, kita semua boleh graduat dengan hati yang girang. Jumpa dekat konvo nanti ye syg. 

semoga aku boleh menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan.. InsyaaAllah..
mood:nak pergi shopping baju konvo, kasut, tudung.. yes! masa untuk menghabiskan duit maa abah:)

Thursday, April 12, 2012

perlukah berkahwin??

assalamualaikum kepada sahabat yang sudi membaca blog saya yang entah apa-apa ni..
malam ni tiba-tiba saja rasa nak jiwang sikit.
kadang-kadang saya tertanya sendiri..
perlu ke berkahwin??
kadang-kadang saya tanya kakak dengan abang yang dah kahwin, best ke kahwin?
ada yang hanya tersenyum..dan ada yang memberi komen negatif dan positif
kadang-kadang saya tanya seronok tak ada anak?
kebanyakan yang jawab lebih kurang saja jawapannya.
jawapannya sangat seronok bila tengok anak sentiasa senyum.. tak buat perangai.. dan sangat tension kalau anak buat perangai..meragam tak tentu pasal.

Saya hanya terdiam. Cuba mencari apa itu erti perkahwinan..
Hati ingin berkahwin tapi hati ini juga takut untuk berkahwin.
Kata-kata nasihat yang diberikan oleh kakak saya sangat berguna dan saya rasakan penuh makna yang tersirat di sebaliknya^^

carilah pasangan yang menyayangi kita bukan kita menyayanginya andai tidak mahu menjadi mangsa CINTA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
bicara diatas hak milik sepenuhnya cikjuelieya